Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Ogos 2014

Ruangan khas Untuk Bawang, Kentang, Halia dsb

Bahan-bahan penting yang akan digunakan untuk setiap kali memasak ialah

1) bawang merah
2) bawang putih
3) halia.
4) kentang... Utk family aku kentang ni agak penting untuk masakan emergency laa.. Kalu takde idea, buat sup buh kentang.. Tak pun goreng je.. Senang.. 

Cara simpan kentang ni sama je dengan bawang so boleh la di letak setempat dengan bawang.  Tak perlu diletakkan di dalam peti ais. Tapi ia memerlukan ruangan yang terbuka dan ada pengaliran udara supaya tak cepat busuk. Kalau nak letak dalam bekas pun boleh tapi pastikan ada lubang 

Antara contoh cara menyimpan bawang..








Disamping itu, senarai bahan-bahan yang kat bawah ni pun perlu juga ada stok skit untuk menjadi pelengkap masakan terutama masakan melayu... 

1) Lengkuas
2) serai
3) kunyit hidup
4) daun kunyit
5) daun limau purut
6) daun sup
7) daun ketumbar
6) daun bawang
7) daun kari

Nanti aku akan buat satu entry khas cara menyimpan bahan-bahan ni pulak... 



Ahad, 10 Ogos 2014

Ruangan Pembuangan Sampah di Dapur

Ruangan ni paling bermasalah untuk aku. Selalunya sebab malas turun tingkat bawah utk buang sampah.. 

Kalau time mood rajin masak, selalula cepat penuh dan berbau. 

Tambahan jugak pemandangan tong sampah ni amat mengganggu mata setiap kali aku kat dapur.. 

Kene cari idea untuk mengatasi masalah ni..Antaranya macam yang berikut...





Ini untuk kitar semula.. Ok gak idea ni takde ler berlonggok barang2..

Part 2: Susun Atur Dapur

Salam semua... 
Masih lagi dalam mood mengemas dan meng'makeover' dapur.,.

Untuk lebih teratur dan mengurangkan serabut,  aku rasa perlu untuk aku buat dulu senarai ruangan yang patut ada di dapur ni. Pembahagian ruangan ni penting supaya kita dapat mengumpulkan semua barangan yang sama kategori tu setempat. 

Mungkin korang punya keperluan lain dari senarai ni. Jadi boleh je nak tambahkan atau kurangan ruang yang ada ye..

Setiap ruangan ni aku buat entry secara terperincin sertakan contoh gambar koleksi pakcik google untuk inspirasi.. 

  • Ruangan khas tong sampah dan kitar semula
  • ruang khas bawang merah, bawang putih, halia, & kentang 
  • ruang khas barangan rempah kering seperi garam, serbuk lada, perasa, tepung dll
  • Ruangan khas untuk susu tepung, kopi, teh atau bahan menyediakan minumnan
  • ruang khas pisau/sudu/garpu
  • ruang khas alatan memasak seperti periuk, kuali dll
  • ruang khas peralatan pinggan/mangkuk/cawan yang digunakan harian
  • Ruang khas tempat simpan pinggan/mangkuk/cawan utk tetamu
  • Ruangan khas alatan eletrik seperti blander, roti maker, microwave



Jumaat, 8 Ogos 2014

Part1: Aktiviti Mengemas Dapur

Seleraknya dapur!!!



Dapur yang berselerak menyebabkan mood memasak takde. Tambah pulak aqish asyik nak memerap aje. Nak masak pun tak senang.. 

Selalu jugak la aku mintak En Hsbn untuk beli je makanan kat kedai sebelum beliau balik keje...Syukur sgt2 dapat En Hsbn yg amat2 memahami.. Cakap je nak makan apa.. Dia mesti beli...Hehheehe..
Thank you my laling... Mmuuahh!

Nak dijadikan cerita...
Hari ini, tiba2 pulak mood nak meng'make over' dapur datang... Aku perlu buat sesuatu untuk mengembalikan semula mood master chef yang dah lama menghilang ni..

Actually aku sebenarnya dah rimas dan bosan giler dengan design dapur yang ada sekarang, gelap! So terpikir gak nak buat extreme makeover kat dapur ni... Tapi kene la tgk bajet dulu..  Eeeemmm kalu jadi pun rasanya nak diy je kot..jimat skit..

Nanti aku update ngan korang setiap aktiviti yang terlibat untuk dapur make over ni.. Adakah menjadi atau setakat angan2 kosong je.. 

Camne nak mulakan ye? Blur jugak ni...

Argghhh...Aku memerlukan tips & tricks dari pakcik google!!!

Tapi yang pasti, perkara ini perlu dilakukan dulu...

1) Buat senarai peralatan yang wajib ada di dapur dan kenalpasti tempat nak letak setiap peralatan tersebut.
2) Buat senarai bahan untuk memasak yang perlu sentiasa ada dan cara penyimpanan yang terbaik utk setiap bahan tersebut.

Bersambung... (Part 2... Akan datang)