Selasa, 14 April 2015

Website Baru...

Alhamdulillah, 

Website baru telah disiapkan dan telah pun beroperasi di alam maya...tapi macam biasa la baru je beberapa hari kan.. Mesti masih ada sikit lagi masalah sana sini.. Seandainya korang rasa ada problem dengan website tu sila maklumkan yeee..boleh contact di fb

Kini dengan dengan alamat baru... www.MySabun.com.my. ..... 

Dengan penambahan .my kat belakang tu, terasa lebih official lagi.. Hehehhe.. 

Domain lama MySabun.com juga telah selesai dilinkkan...

Website dulu tu, aku guna platform wix.com ... Mudah nak design tapi agak payah nak buat sistem ikut kehendak sendiri, semuanya kene bayaran tambahan.. Sejak RM dah jatuh ni, bayaran bulanan makin bertambah pulak.. 


So kene belajar slow-slow cara setup website sendiri bermula dari membeli domain dan hosting hingga la ke merekabentuk website.



Pemberitahuan penting: 
Sistem operasi baru...
Mulai dari minggu depan semua barangan akan dipos pada hari Rabu dan Sabtu sahaja... Kecuali hari sabtu pertama atau cuti umum, barangan akan dipos hari bekerja berikutnya. 
Order dan pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pukul 5 petang sehari sebelum hari pos.
Oleh kerana itu, sila rancang pembelian anda. 
Harap maklum...

Khamis, 26 Februari 2015

Website baru..

Wah lama tak update.. 

Mahap lerr pada semua yang mencari dan bertanyaa..

Mysabun kini agak sibuk dengan website baru.. Lepas ni korang boleh log in ke site baru,domain baru, hosting baru dan sistem operasi bisnes yang baru...

Domain lama masih digunakan dan akan dilink kan ke website tersebut.. Buat masa ni harap bersabar ye ... 

Insyaallah kami akan berusaha memberikan servis yang terbaik untuk korang.. 

Pada yang dah tak sabar-sabar nak buat sabun tu, semua order masih boleh dibuat di facebook dan website yang sedia ada.. 

www.mysabun.com


Khamis, 20 November 2014

Bahan Asas Sabun Bergliserin.... Apa yang perlu anda tahu..

Semalam menerima aduan dari pelanggan lagi... Kali ini baru teringat nak rekod n letak dalam blog supaya dapat share sikit info dengan korang yang berminat mencuba hobi buat sabun ini...

Sila baca...










Ceritanya macam ini...

Pelanggan ini telah membeli Blue water soluble soap colorant  dengan kami.

Tetapi sabun yang sepatutnya berwarna biru tersebut telah bertukar menjadi hijau...

Alamaak?!

Pada awalnya aku ingat dah tersalah berikan pewarna...atau pewarna tersebut telah expired.

Rupa-rupanyaa bukan.... (fuh..lega jugak laa...hehheeheh)




Soalan: Jadi apakah sebabnya sabun tersebut bertukar warna? 

Jawapan: Ia berpunca dari soap base yang digunakan. 

(Oleh sebab Soap base tersebut bukan dibeli dengan MySabun.Com..kami takleh nak buat apa2 lah .. nak komen lebih2 nanti kata nak caras bisnes orang pulak... so jalan terbaik, kalau jadi camni sila berhubung dengan supplier korang la yee,... tanya kenapa jadi cam ni...? Tengok supplier tu jawab apaa...)



Meh sifu sabun nak story skit ngan korang..

Glycerin Soap Base atau Bahan Asas Sabun Bergliserin mempunyai kandungan air yang agak tinggi. Sekiranya dititiskan water soluble colorant atau pewarna berasaskan air, ia sama seperti korang titiskan pewarna tu dalam air yang jernih. Warna biru tersebut tidak sepatutnya bertukar menjadi hijau atau kuning... no...no...no...

Sekiranya ini berlaku....maksudnya soap base tu kurang berkualiti atau bukan kosmetik gred.. dalam bahasa kasarnya ...korang dah kene tipu dik oii...huhuhuhuh...


Bukti kalau guna pewarna biru dengan MySabun soap base
Takdenyaa kene titik banyak ke titik sikit ke...kalau titik banyak dapat la warna biru pekat. kalau titik sikit dapat la biru yang lite-lite gitu...takde nye letak sikit jadi warna hijau hokey!!!





Untuk pengetahuan korang...Nak buat soap base ni kene pakai air suling atau distilled water.. Tak boleh pakai air paip apatah lagi pakai air tadahan hujan... 


 Kenapa takleh pakai air paip?

Air paip ni ada kandungan mineral yang boleh mencacatkan kualiti sabun dan ia boleh meninggkatkan/merendahkan pH soap base tersebut. Ini akan menjadikan soap base itu tidak sesuai atau bertindakbalas dengan bahan-bahan yang akan korang letak dalam sabun tu nanti.. 

Selain itu, air paip ni pun ada karat2 yang akan memberikan kesan kekuningan dan kelodak pada soap base.. Tak caya? Cuba la korang tapis air paip kat umah korang tu.. Mesti ada kesan kuning2 karat pada bekas penapis tu.. Sebab itu la ada sesetengah soap base berwarna kekuningan dan sekiranya diperhatikan dengan teliti, ada kesan kelodak di dalamnye... 

So...bukan semua soap base yang dijual adalah sama ye...

Percayalah...
Aku dah lama dalam bidang ini & dah cuba macam2 formula soap base sebelum ini dan akhirnya aku jumpa yang paling terbaik. 

Sebab itu pada awal bisnes, aku hanya promote produk aku sebagai sabun cenderahati sahaja. Sebab itu minat utama aku dulu...

Tapi sekarang tidak lagi.. Oleh sebab sabun ini mempunyai kualiti terbaik untuk kulit dan aku  rasa membazir jugak la kalau buat cenderahati jee...so aku berkongsilah rahsia buat sabun kecantikkan  dengan korang..

Daripada korang membazirkan duit beli sabun yang mahal2 kat pasaran tu lebih baik ler buat sendiri.. tentukan sendiri bahan yang terbaik untuk kulit...test dan bereksperimen sendiri menggunakan bahan2 semulajadi dan tak perlu risau dengan bahan campuran meragukan yang banyak jual di pasaran tu...


Kalau nak tengok kualiti pewarna pulak, titiskan je pewarna dalam air jernih.. kalau dia menjadi kekuningan atau kehijauan atau tak sebati dengan air tersebut maksudnya pewarna tu dah rosak/expired atau ia jenis pewarna oil base.





Nak cuba buat? Dapatkan Essential Soap Making Kit... Set ini di sertakan dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sabun dan juga  buku Seni Kraf Sabun. Dalam buku ini ada ditunjukkan secara lengkap langkah2 untuk membuat sabun kecantikan di rumah.







Sabtu, 1 November 2014

Cenderahati Paling Mudah

Majlis dah nak dekat? Takde idea? Tak kreative? Bajet lari? ..waduh..waduh..jangan risau dan gundah gulana.. Kami ada satu berita baik untuk anda..

Kami paham, nak buat majlis ni perlu banyak guna duit... Kene pandai bajet semua perbelanjaan. Tapi walaupun perlu berjimat, tak semestinya takde cara untuk membuatkan majlis tu extra special .. Ye tak!?

Oleh sebab itu, kami bercadang untuk mengeluarkan satu siri kit terbaru sabun cenderahati khas untuk anda buat sendiri. Anda akan diberi panduan cara buat sabun yang paling mudah tapi hasilnya dijamin terbaik dan setanding dengan sabun mahal yang anda jumpa/beli kat luar. 

Kami amat berharap kit ini dapat membantu anda mencipta sesuatu yg istimewa untuk tetamu anda nanti.

Andaikata tak boleh buat jugak, kami memberi jaminan wang akan dikembalikan... Tapi kami hanya menerima pemulangan bahan2 sabun yang masih dalam keadaan baik sahaja.. 
Kalau nak duit semula, perlu la pastikan bahan2 sabun berada dalam keadaan baik ketika pemulangan dibuat... 

So amacam? Nak sahut cabaran buat cenderahati sabun sendiri tak?!


Apa yang anda perlu buat ialah pilih je mana2 Set Lengkap Membuat Sabun Cenderahati yang anda rasa nak  buat dan bersesuaian dengan bajet anda. 

Harga bergantung pada kuantitii doorgift yang ingin dihasilkan. 
Boleh pilih untuk buat 100pcs cenderahati, 200pcs atau 500 pcs.


DOOR GIFT KIT 1: SUPER SIMPLE PASTEL SQUARE SOAP





DOOR GIFT KIT 2: SUPER SIMPLE PASTEL LOVE SOAP



DOOR GIFT KIT 3: GLITTERING SQUARE SOAP







DOOR GIFT KIT 4: GLITTERING LOVE SOAP


 


 DOOR GIFT KIT 5: GLITTERING BUGS SOAP






Ada lagi ni,.... kami akan upload secara berperingkat.....



PENTING!!!
KAMI MEMERLUKAN TESTIMONI DARI ANDA. 
 BERMINAT NAK BELI KIT INI DENGAN HARGA PROMOSI??
 SILA PM KAMI DI FACEBOOK SEKARANG!!!! 
HANYA UNTUK 10 ORANG TERAWAL SAHAJA...




Setiap kit akan disertakan dengan panduan terperinci cara membuat sabun tersebut, bahan asas sabun, pewarna, pewangi, acuan, label 'handmade soap' dan pembalut sabun.


Oh ya, yang paling penting sebelum anda memilih kit tu, anda kene lah pastikan yang anda ada microwave di rumah ataupun anda tahu cara menggunakan double boil. Kalau ada kit tapi takde peralatan nak buat, tak siap la sabun2 tu nanti. Buang karen je beli.


Fyi, dalam kit tu tidak ada bahan hiasan seperti riben, beg organza, kotak ataupun tag terima kasih/nama pengantin tau. Sebab kami percaya setiap orang mesti ada idea tersendiri cara nak menghiaskan hasil sabun mereka untuk menjadikannya lebih istimewa, dan bersesuaian dengan konsep dan tema majlis.



Selasa, 21 Oktober 2014

Cadangan Aktiviti Family Day

Day 1: Jumaat @ 24oct2014

1) 9 am - 2 pm :
Semua akan bertolak ke cameron secara sendirian berhad.
Sila calling2 or wasap2 utk kabar berita masing2.
Kalau sampai awal, lepak je memana dulu sebab homestay tak leh masuk lagi.
Bila dah check in,  baru la semua berkumpul kat homestay

Alamat Homestay:
13 jln tangki air, 39100 brinchang, cameron highlands


Bekfes/lunch:
Makan sendirian berhad.  Sila la bawak makanan lebih skit takut lapo petang2 tu..

2) 2pm - 7pm :  aktiviti bebas

3) 7m-10pm : BBQ

4) 10pm-1am : game


Day 2: Sabtu @25oct2014

1) 6 am - 9 am:
Aktiviti Riadah pagi
Ikut suka la nak jungle tracking ke nak berzumba ke or nak meroloh ke.
Makan pagi disediakan. - Sandwich only...mau lebih sila pujuk chef utk masakkan or masak sendiri..

2) 9am-10am : 
bersiap untuk aktiviti ronda-ronda sekitar cameron

3) 11am-12noon : 
Strawberi Farm Kg. Taman Sedia - Vanilla Coklat 
Brunch - Nasi lemak, scone dll

4) 12noon-4pm:
RONDA-RONDA (bergantung pada kesempatan masa)

Cadangan 
(kawasan sekitar Homestay) 
a) HONEY BEE FARM
b) BUTTERFLY FARM/GARDEN
c) TIME TUNNEL -
d) ROSE CENTRE

(ke arah ringlet)
e) BHARAT TEA PLANTATION
f) MARDI


5) 5pm - 7pm:
PASAR MALAM BRINCHANG untuk beli bahan steamboat untuk makan malam
Sapa tak larat boleh balik homestay..dah dekat dah..


6) 8pm-10pm:
Makan-makan steamboat


Day 3: Ahad @26oct2014

1) 6 am - 9 am:
Aktiviti Riadah pagi
Ikut suka la nak jungle tracking ke nak berzumba ke or nak meroloh ke.
Makan pagi disediakan.- Habiskan semua makanan yang ada

2) 9am-12 noon : 
Bersiap untuk balik

Makan Tengah Hari di Kedai Berhampiran

On the way balik singgah
Kea Farm
Lavender Farm


Perancangan Percutian Keluarga ke Cameron Highland part 1 (intro)

Tahun ni aku dengan sukarelanya mengoffer diri untuk menjadi ketua rombongan cik kiah untuk aktiviti percutian keluarga waris Tok Raman Shah.  

Fuh..tiba-tiba terasa confiden giler untuk organize percutian family kali ni.. Hehehehe.....
Bukan apa..lama bebeno tak bercuti ngan kazen dan pak n mak sedara..waktu aku kecik2 dulu rajin gak bercuti ramai-ramai..Rindu pulak kalau diingatkan.  La ni masing-masing dah berfamily, dah kerja, susah nak kumpulkan semuanya. Yang ini pun banyak yang tarik diri last minit. Tapi tak mengapa, kegembiraan dan memori baru perlu dihasilkan...Sebab tu la kene usahakan jugak kasi jadi ini tahun. Yang tak dapat join tu, Insya-Allah kalau ada rezeki bole plan tahun lain pulak.

Bincang punya bincang, last skali satu family setuju utk ke Cameron Highland. Dapat homestay jenis banglo siap ada pendiang api dalam umah..
Gambar ni dapat dari blog owner homestay.

Kawasan sejuk. So leh ler berangan-angan kengkonon berada kat obersea ...heeheehehhe...

Waktu post ni di tulis, kami tak pergi lagi. Boleh bayangkan  je la keadaan rumah tu macam mana. Dah pergi nanti, aku buat satu post baru untuk homestay tu... mana ler tau kot ada yang berminat nak pergi. Boleh ler rujuk dulu..


Setahun gak la merancang percutian ni.. Ish..ish..ish.. Kalau tak jadi, mmg malu muka aku wehhh...
Oleh sebab itu, kene ler buat survey lebih skit supaya tak jadi kacau bilau nanti.

Post yang ini lebih kepada perancangan aku je lerr... survey-survey guna google jee.. 


Lokasi Banglo Homestay berdasarkan google ... Point 'B' - 


alamat: No 13A, jalan tangki air, kampung melayu brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia




 

Kalau homestay ni mantap, nanti aku kasi link ownernyaa...



 

Map Cameron





Kawasan-kawasan Menarik Di Cameron

1) Lavender Park

Bayaran Masuk: RM5.00 untuk dewasa dan  RM3 untuk kekanak






Extras:
"potted lavender plants are sold for RM15 each.  Visitors can also self-pick daisies for RM2 per stalk or 6 for RM10. There is a gift shop selling lavender products and a cafe offering good strawberry milk shake, and Lavender ice cream for RM5.50"




***Kene sediakan duit lebih skit kot terover petik bunga or nak menjamu perut nanti***



Alamat : Cameron Lavender Garden, Tringkap, Cameron Highlands, 39100 Pahang, Malaysia.


2) Strawberry Farms

Kalau pergi cameron, tak sah kalau tak gi kebun strawberi (walaupun dah banyak kali pergi..) ini macam tempat wajib pergi laa..tambah ada budak2...ok laa kot jadi sebahagian dari aktiviti.

Kat cameron ni ada banyak jugak la kebun strawberrynye.. kene pilih tempat yang dekat dengan homestay dan yang paling utama nak cari yang melayu punya... Dari bantuan pakcik google, ramai yang rekemen pergi ke Kg. Taman Sedia - Vanilla Coklat hahahahahhaha...






Antara kampung Melayu yang masih ada di Cameron Highlands. Tempat ni pernah menjadi lokasi drama komedi romantik Vanilla Coklat tu .... Haaa....kene  pi ni..

Pergambaran drama tu dibuat dekat  
 YZ Agro Farm ni
Info dari Fb YZ Agro Farm ni juga katanya ada nasi lemak special - 
Nasi Lemak Sambal Strawberry ... Nyumm..nyummm..

(mungkin menu ni ada kat kebun strawberry yang lain gak kot.. kalau korang singgah ke tempat lain tanya2 laaa juga menu ni..pastu compare mana yang paling sedap..huhuhuuh..) 

So boleh la bersarapan di tempat ni nanti




3) Bharat Tea Plantation



Lokasi tepi jalan. So boleh la menyinggah sekejap. Tak sah jugak la kalau tak lawat ladang teh..ye dak?


Bagi peluang sesapa nak beli teh or nak bergambo .... 




 4) Time Tunnel Gallery



Tiket Masuk
Dewasa: RM5
Kanak-Kanak RM3

Opening hours: 9 am – 6 pm


Alamat:
Time Tunnel, Jalan Sungai Burong, 
Brinchang.




5) Brinchang Night Market 
   
Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Sekolah  5:00pm ~ 11:00pm







Khamis, 28 Ogos 2014

Sabun Berasaskan Timun Untuk Kulit Segar dan Bebas Jerawat



Korang suka makan timun? Jangan tak tau... Timun juga memberikan manfaat yang baik untuk kulit tau!!

Jus timun  mampu mengembalikan kesegaran segera pada kulit kering dan lama terjemur bawah sinaran matahari. Ia juga bertindak sebagai astringent semulajadi yang mampu mengecutkan jerawat.


Caranya: Blendkan sebiji timun (dibuang kulit) yang sederhana besar. Campurkan sedikit dengan air masak.  Biarkan bahan2 yang dah diblend tu sehari dalam peti sejuk. Esoknya baru tapis dan ambil airnya sahaja. 

Boleh terus digunakan sebagai penyegar wajah (basahkan kapas dengan air timun dan sapukan pada keseluruhan muka)
atau boleh dicampurkan ke dalam masker, herba kecantikkan atau bedak sejuk



Sekiranya korang suka, boleh juga dicampurkan dengan jus lemon.



Lebihan jus timun tu jangan la dibuang. Simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan setiap hari.

Jus timun ini boleh juga dicampurkan ke dalam sabun.

Caranya
1) Cairkan 100g bahan asas sabun dan campurkan dengan 1 sudu jus timun.
2) Tambahkan 5 titis vitamin E
 3) Keraskan sabun dalam acuan 
4) Selepas sabun keras ia boleh terus digunakan sebagai sabun mandi atau pencuci muka


Selain itu, untuk mempelbagaikan khasiat sabun timun tersebut, boleh juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti serbuk green tea,  atau french green clay . Selain baik untuk kulit ia juga memberikan kesan warna hijau semulajadi pada sabun

Gunakan setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk memastikan kulit bersih, segar dan bebas jerawat


Nak cuba buat? Dapatkan Essential Soap Making Kit... Set ini di sertakan dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sabun dan juga  buku Seni Kraf Sabun. Dalam buku ini ada ditunjukkan secara lengkap langkah2 untuk membuat sabun kecantikan di rumah.