Khamis, 28 Ogos 2014

Sabun Berasaskan Timun Untuk Kulit Segar dan Bebas Jerawat



Korang suka makan timun? Jangan tak tau... Timun juga memberikan manfaat yang baik untuk kulit tau!!

Jus timun  mampu mengembalikan kesegaran segera pada kulit kering dan lama terjemur bawah sinaran matahari. Ia juga bertindak sebagai astringent semulajadi yang mampu mengecutkan jerawat.


Caranya: Blendkan sebiji timun (dibuang kulit) yang sederhana besar. Campurkan sedikit dengan air masak.  Biarkan bahan2 yang dah diblend tu sehari dalam peti sejuk. Esoknya baru tapis dan ambil airnya sahaja. 

Boleh terus digunakan sebagai penyegar wajah (basahkan kapas dengan air timun dan sapukan pada keseluruhan muka)
atau boleh dicampurkan ke dalam masker, herba kecantikkan atau bedak sejuk



Sekiranya korang suka, boleh juga dicampurkan dengan jus lemon.



Lebihan jus timun tu jangan la dibuang. Simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan setiap hari.

Jus timun ini boleh juga dicampurkan ke dalam sabun.

Caranya
1) Cairkan 100g bahan asas sabun dan campurkan dengan 1 sudu jus timun.
2) Tambahkan 5 titis vitamin E
 3) Keraskan sabun dalam acuan 
4) Selepas sabun keras ia boleh terus digunakan sebagai sabun mandi atau pencuci muka


Selain itu, untuk mempelbagaikan khasiat sabun timun tersebut, boleh juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti serbuk green tea,  atau french green clay . Selain baik untuk kulit ia juga memberikan kesan warna hijau semulajadi pada sabun

Gunakan setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk memastikan kulit bersih, segar dan bebas jerawat


Nak cuba buat? Dapatkan Essential Soap Making Kit... Set ini di sertakan dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sabun dan juga  buku Seni Kraf Sabun. Dalam buku ini ada ditunjukkan secara lengkap langkah2 untuk membuat sabun kecantikan di rumah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan