Selasa, 21 Oktober 2014

Perancangan Percutian Keluarga ke Cameron Highland part 1 (intro)

Tahun ni aku dengan sukarelanya mengoffer diri untuk menjadi ketua rombongan cik kiah untuk aktiviti percutian keluarga waris Tok Raman Shah.  

Fuh..tiba-tiba terasa confiden giler untuk organize percutian family kali ni.. Hehehehe.....
Bukan apa..lama bebeno tak bercuti ngan kazen dan pak n mak sedara..waktu aku kecik2 dulu rajin gak bercuti ramai-ramai..Rindu pulak kalau diingatkan.  La ni masing-masing dah berfamily, dah kerja, susah nak kumpulkan semuanya. Yang ini pun banyak yang tarik diri last minit. Tapi tak mengapa, kegembiraan dan memori baru perlu dihasilkan...Sebab tu la kene usahakan jugak kasi jadi ini tahun. Yang tak dapat join tu, Insya-Allah kalau ada rezeki bole plan tahun lain pulak.

Bincang punya bincang, last skali satu family setuju utk ke Cameron Highland. Dapat homestay jenis banglo siap ada pendiang api dalam umah..
Gambar ni dapat dari blog owner homestay.

Kawasan sejuk. So leh ler berangan-angan kengkonon berada kat obersea ...heeheehehhe...

Waktu post ni di tulis, kami tak pergi lagi. Boleh bayangkan  je la keadaan rumah tu macam mana. Dah pergi nanti, aku buat satu post baru untuk homestay tu... mana ler tau kot ada yang berminat nak pergi. Boleh ler rujuk dulu..


Setahun gak la merancang percutian ni.. Ish..ish..ish.. Kalau tak jadi, mmg malu muka aku wehhh...
Oleh sebab itu, kene ler buat survey lebih skit supaya tak jadi kacau bilau nanti.

Post yang ini lebih kepada perancangan aku je lerr... survey-survey guna google jee.. 


Lokasi Banglo Homestay berdasarkan google ... Point 'B' - 


alamat: No 13A, jalan tangki air, kampung melayu brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia




 

Kalau homestay ni mantap, nanti aku kasi link ownernyaa...



 

Map Cameron





Kawasan-kawasan Menarik Di Cameron

1) Lavender Park

Bayaran Masuk: RM5.00 untuk dewasa dan  RM3 untuk kekanak






Extras:
"potted lavender plants are sold for RM15 each.  Visitors can also self-pick daisies for RM2 per stalk or 6 for RM10. There is a gift shop selling lavender products and a cafe offering good strawberry milk shake, and Lavender ice cream for RM5.50"




***Kene sediakan duit lebih skit kot terover petik bunga or nak menjamu perut nanti***



Alamat : Cameron Lavender Garden, Tringkap, Cameron Highlands, 39100 Pahang, Malaysia.


2) Strawberry Farms

Kalau pergi cameron, tak sah kalau tak gi kebun strawberi (walaupun dah banyak kali pergi..) ini macam tempat wajib pergi laa..tambah ada budak2...ok laa kot jadi sebahagian dari aktiviti.

Kat cameron ni ada banyak jugak la kebun strawberrynye.. kene pilih tempat yang dekat dengan homestay dan yang paling utama nak cari yang melayu punya... Dari bantuan pakcik google, ramai yang rekemen pergi ke Kg. Taman Sedia - Vanilla Coklat hahahahahhaha...






Antara kampung Melayu yang masih ada di Cameron Highlands. Tempat ni pernah menjadi lokasi drama komedi romantik Vanilla Coklat tu .... Haaa....kene  pi ni..

Pergambaran drama tu dibuat dekat  
 YZ Agro Farm ni
Info dari Fb YZ Agro Farm ni juga katanya ada nasi lemak special - 
Nasi Lemak Sambal Strawberry ... Nyumm..nyummm..

(mungkin menu ni ada kat kebun strawberry yang lain gak kot.. kalau korang singgah ke tempat lain tanya2 laaa juga menu ni..pastu compare mana yang paling sedap..huhuhuuh..) 

So boleh la bersarapan di tempat ni nanti




3) Bharat Tea Plantation



Lokasi tepi jalan. So boleh la menyinggah sekejap. Tak sah jugak la kalau tak lawat ladang teh..ye dak?


Bagi peluang sesapa nak beli teh or nak bergambo .... 




 4) Time Tunnel Gallery



Tiket Masuk
Dewasa: RM5
Kanak-Kanak RM3

Opening hours: 9 am – 6 pm


Alamat:
Time Tunnel, Jalan Sungai Burong, 
Brinchang.




5) Brinchang Night Market 
   
Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Sekolah  5:00pm ~ 11:00pm







Tiada ulasan:

Catat Ulasan