Khamis, 20 November 2014

Bahan Asas Sabun Bergliserin.... Apa yang perlu anda tahu..

Semalam menerima aduan dari pelanggan lagi... Kali ini baru teringat nak rekod n letak dalam blog supaya dapat share sikit info dengan korang yang berminat mencuba hobi buat sabun ini...

Sila baca...










Ceritanya macam ini...

Pelanggan ini telah membeli Blue water soluble soap colorant  dengan kami.

Tetapi sabun yang sepatutnya berwarna biru tersebut telah bertukar menjadi hijau...

Alamaak?!

Pada awalnya aku ingat dah tersalah berikan pewarna...atau pewarna tersebut telah expired.

Rupa-rupanyaa bukan.... (fuh..lega jugak laa...hehheeheh)




Soalan: Jadi apakah sebabnya sabun tersebut bertukar warna? 

Jawapan: Ia berpunca dari soap base yang digunakan. 

(Oleh sebab Soap base tersebut bukan dibeli dengan MySabun.Com..kami takleh nak buat apa2 lah .. nak komen lebih2 nanti kata nak caras bisnes orang pulak... so jalan terbaik, kalau jadi camni sila berhubung dengan supplier korang la yee,... tanya kenapa jadi cam ni...? Tengok supplier tu jawab apaa...)



Meh sifu sabun nak story skit ngan korang..

Glycerin Soap Base atau Bahan Asas Sabun Bergliserin mempunyai kandungan air yang agak tinggi. Sekiranya dititiskan water soluble colorant atau pewarna berasaskan air, ia sama seperti korang titiskan pewarna tu dalam air yang jernih. Warna biru tersebut tidak sepatutnya bertukar menjadi hijau atau kuning... no...no...no...

Sekiranya ini berlaku....maksudnya soap base tu kurang berkualiti atau bukan kosmetik gred.. dalam bahasa kasarnya ...korang dah kene tipu dik oii...huhuhuhuh...


Bukti kalau guna pewarna biru dengan MySabun soap base
Takdenyaa kene titik banyak ke titik sikit ke...kalau titik banyak dapat la warna biru pekat. kalau titik sikit dapat la biru yang lite-lite gitu...takde nye letak sikit jadi warna hijau hokey!!!





Untuk pengetahuan korang...Nak buat soap base ni kene pakai air suling atau distilled water.. Tak boleh pakai air paip apatah lagi pakai air tadahan hujan... 


 Kenapa takleh pakai air paip?

Air paip ni ada kandungan mineral yang boleh mencacatkan kualiti sabun dan ia boleh meninggkatkan/merendahkan pH soap base tersebut. Ini akan menjadikan soap base itu tidak sesuai atau bertindakbalas dengan bahan-bahan yang akan korang letak dalam sabun tu nanti.. 

Selain itu, air paip ni pun ada karat2 yang akan memberikan kesan kekuningan dan kelodak pada soap base.. Tak caya? Cuba la korang tapis air paip kat umah korang tu.. Mesti ada kesan kuning2 karat pada bekas penapis tu.. Sebab itu la ada sesetengah soap base berwarna kekuningan dan sekiranya diperhatikan dengan teliti, ada kesan kelodak di dalamnye... 

So...bukan semua soap base yang dijual adalah sama ye...

Percayalah...
Aku dah lama dalam bidang ini & dah cuba macam2 formula soap base sebelum ini dan akhirnya aku jumpa yang paling terbaik. 

Sebab itu pada awal bisnes, aku hanya promote produk aku sebagai sabun cenderahati sahaja. Sebab itu minat utama aku dulu...

Tapi sekarang tidak lagi.. Oleh sebab sabun ini mempunyai kualiti terbaik untuk kulit dan aku  rasa membazir jugak la kalau buat cenderahati jee...so aku berkongsilah rahsia buat sabun kecantikkan  dengan korang..

Daripada korang membazirkan duit beli sabun yang mahal2 kat pasaran tu lebih baik ler buat sendiri.. tentukan sendiri bahan yang terbaik untuk kulit...test dan bereksperimen sendiri menggunakan bahan2 semulajadi dan tak perlu risau dengan bahan campuran meragukan yang banyak jual di pasaran tu...


Kalau nak tengok kualiti pewarna pulak, titiskan je pewarna dalam air jernih.. kalau dia menjadi kekuningan atau kehijauan atau tak sebati dengan air tersebut maksudnya pewarna tu dah rosak/expired atau ia jenis pewarna oil base.





Nak cuba buat? Dapatkan Essential Soap Making Kit... Set ini di sertakan dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sabun dan juga  buku Seni Kraf Sabun. Dalam buku ini ada ditunjukkan secara lengkap langkah2 untuk membuat sabun kecantikan di rumah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan