Khamis, 7 Ogos 2014

Pembayaran Online Menggunakan Maybank2u Pay

Kini dengan Maybank2u Pay..memudahkan lagi urusan jual beli di MySabun.Com...


Kepada pelanggan MySabun...anda tidak perlu risau untuk menggunakan kemudahan ini. Sekiranya anda masih ragu2 apa yang penting adalah anda perlu ingat kata laluan dan juga gambar rahsia yang anda pilih ketika mendaftar di Maybank2U dulu. Sekiranya sama, anda boleh teruskan transaksi, sekiranya lain atau tiada sebarang gambar jangan teruskan...sila maklumkan kepada saya dengan segera


Kalau anda yang berminat untuk memohon aplikasi ini, berikut adalah cara2 yang perlu dilakukan.

Cara memohon Maybank2u Pay 

1) Pergi ke laman web rasmi Maybank2U..... http://www.maybank2u.com.my/

2) Log masuk ke akaun anda macam biasa

3) Bila dah masuk just Klik sini


4) Lepas tu klik sini pulak

5) Baca terma dan syarat sebelum anda memohon

6) Isikan semua info yang diperlukan

7) Dalam masa 2 hari pihak  Maybank akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan sama ada anda berjaya atau tidak. Anda akan menerima kod html khas untuk dipasang di website atau blog perniagaan anda


PENTING!!!: Syarat Utama dan amat penting sewaktu memohon Aplikasi Maybank2u Pay ini ialah

1) Anda perlulah mempunyai akauan Maybank2u
2) Anda perlu mempunyai website atau blog yang menjual barangan produk fizikal sahaja ...



Kelebihan Maybank2u Pay untuk peniaga online

1) Pelanggan anda boleh terus membuat pembayaran produk secara online tanpa perlu keluar dari website anda
2) Anda boleh melihan semua transaksi pelanggan anda secara detail. Sebijik macam Paypal.


Harapnya info ini membantu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan