Khamis, 7 Ogos 2014

MySabun.Com @ Inovasi TV1 _ 30 June 2012


 Lamanye  tak update blog...

Last update tahun 2012 n sekarang dah tahun 2014.. lamanyaaa terbiar...berabuk dah..

Ok..kali ni nak mulakan dengan cerita pasal mysabun masuk TV untuk kali ke-2

Kalau korang nak tengok yang first time masuk TV tu boleh klik sini  (Rancangan Apa Kata Wanita TV1)


Kisahnya...
MySabun dijemput oleh pihak TV1 untuk merakamkan aktiviti untuk rancangan INOVASI
Time ni kami ada kedai di Puchong. So semua shooting dibuat dikedai.


Kedai? hehhehhehehe...Memang dalam tahun 2012 tu kami ada try bukak kedai. Saja nak merasa best atau tak ada kedai sendiri. Untuk pengetahuan semua kedai ni beroperasi setahun sahaja. Nak dijadikan cerita  diakhir tempoh setahun perjanjian sewa kedai tu saya mengandung anak ke3..dengan alahan teruk dan kedai tak terurus, kami pun buat keputusan taknak sambung sewa.

Walaupun setahun sahaja jangka hayat kedai..ada jugak la beberapa impian saya berjaya jugak dicapai

1) Nak buat buku - Semua photo shoot dibuat dikedai
2) Masuk Suratkabar Harian metro
3) Masuk TV kali ke-2

Terus terang saya cakap yang kerja dari rumah lagi syok. Tambahan pulak bila ada penambahan ahli keluarga baru. Perlu bagi masa 100% pada keluarga. Biz buat juga tapi perlu lebih santai supaya tak terlalu stress.

Insyaallah mungkin lepas semua anak dah masuk sekolah kot baru pikir nak ada kedai semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan