Jumaat, 6 Januari 2012

Komen dan Cadangan Pelanggan

Perkara penting untuk memastikan kita selalu berada di depan pesaing-pesaing kita ialah mendengar komen dan cadangan pelanggan...Mungkin pada mulanya kadang-kadang rasa pedih telinga atau panas je hati tu dengar orang komen pasal produk kitaa, tapi bila kita ambil tempoh masa bertenang dan pikir semula setiap komen dan cadangan tu kita akan rasa 'Eh betul jugak'...

Peniaga yang berjaya adalah peniaga yang mampu mendengar semua komen pelanggan atau orang sekelilingnya dan cuba memperbaiki mana-mana kekurangan yang adaa...Pada aku kalau ada 1 orang pelanggan mengomen atau komplain sesuatu perkara tu, tak mustahil ada lagi 10 -20 orang lain yang akan rasa benda yang sama tapi mereka ini hanya mampu berdiam diri atau pun mengutuk produk kita pada orang lain....Yang paling kesian adalah kita @ peniaga, sebab tiada peluang untuk mengetahuinyaaa dan tiada peluang untuk memperbaikinyaa...


Oleh sebab itu kalau ada pelanggan yang datang komplain pasal produk kita, jangan la kita bolayan atau pun marah-marahkan pelanggan tersebut. Cuba hormati hak pelanggan yang ingin mendapatkan produk atau servis yang terbaik dari kita @ peniaga.

Pelanggan pun kalau nak komen atau komplain tu gunakan la saluran yang betul. Gunakanlah bahasa yang baik...kadang-kadang kami peniaga ni terlepas pandang dan tak tahu pun berkenaan masalah tersebut, bila pelanggan terus main sembur jeee mesti laaa TERSENTAP peniaga tu...Lagi satu jgn la secara public...cuba la email ke sms ke atau pun call kee...sebab belum tentu lagi kesalahan tu berpunca dari peniaga..mungkin juga ia berpunca dari pelanggan tu sendiri ...betul tak? Nanti kene sembur balik secara public tak kee terkedu..



Idea yang bernas selalunya akan terlintas sendiri dalam kepala bila kita dengar komen dan cadangan pelanggan tu.. Dari situ la kita boleh menempatkan diri kita beberapa langkah ke depan dari pesaing kitaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan