Jumaat, 23 Disember 2011

Bekerja Dari Rumah - Impian pejabat kecilku

Bekerja dari rumah tidak bermakna kita perlu tangkap muat je tempat kerja kita. Untuk memberikan mood dan suasana kerja yang produktif, kita perlu menyediakan tempat khas ala opis kecik untuk kita menyimpan segala file, resit-resit, dokumen-dokumen kerja, peralatan seperti komputer, printer, alat tulis dsb..

Kat umah aku ada juga laa opis kecik ni..tapi ia berfungsi 4 in 1, - stor merangkap opis kecik aku merangkap bilik solat merangkap bilik mainan anak aku.. berselerak ya amat...

Oleh kerana azam nak menjadi Work at Home Mom yang berjaya, aku merancang nak meng'makeover' opis kecik aku ni..

Tapi kene cari idea dulu....so aku bertanya laa pendapat uncle kesayangan aku ni..uncle google..


Gambar-gambar yang aku jumpa di ni aku rasa cukup menarik dan boleh dijadikan ilham untuk aku meng'makeover' opis kecik aku nanti...


yang ini sempoi giler...kalau ada tetamu or kerja dah abis, tutup je pintu almari tu...takde sapa sangka ia boleh di transform menjadi opis kecil..bijak..bijak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan