Pengenalan Kepada Kraf Membuat Sabun Hiasan Secara Cair & Bentuk @ 'Melt N Mold'
Kraf membuat sabun menggunakan teknik 
pencairan bahan asas sabun dan membentuk sabun menggunakan acuan atau 
secara ringkasnya 'melt n mold soap crafting' adalah sesuatu yang amat 
baru bagi orang Malaysia. 
Walaubagaimanapun setelah anda mempelajari teknik-tekniknya yang amat 
mudah ini, anda mampu untuk menghasilkan satu sabun yang cantik dengan 
pilihan haruman, warna pilihan anda sendiri. Anda mungkin selepas ini 
tidak akan berbalik menggunakan sabun biasa lagi.. 
Selain untuk digunakan sendiri, sabun yang terhasil boleh juga dijadikan
 hadiah. Dengan menghasilkan sesuatu sabun yang unik dan menarik, anda 
juga boleh menjualnya dan menjadikannya sumber pendapatan.. 

 
Apa itu Sabun Berglyserin atau 'Glycerin Soaps'? 
Tahukah anda bahawa glyserin adalah 
bahan yang terhasil daripada kombinasi lye (sodium hydroxide) dan lemak 
atau minyak sewaktu proses membuat sabun.Kombinasi bahan2 tersebut 
adalah sesuatu yang asas dalam setiap proses penghasilan dan pembuatan 
sabun..
Glyserin adalah penting kerana ia bertindak sebagai pelembab..ia 
memerangkap partikal udara dengan membentuk satu lapisan lembapan di 
permukaan kulit. Kebanyakkan sabun bayi mengandungi kandungan glyserin 
yang tinggi bagi mengelakkan iritasi dan memberikan kelembapan tambahan 
kepada kulit bayi yang lembut.
Oleh sebab itu lah sabun yang terhasil perlu disimpan ditempat yang 
kedap udara atau dibalut dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan 
terjadinya perpeluhan di permukaan sabun.
Kebanyakkan sabun yang ada dipasaran telah dikurangkan atau hampir tiada
 glyserin. Ini adalah kerana glyserin tersebut telah diestrak keluar 
untuk digunakan dalam proses pembuatan bahan atau krim penjagaan dan 
rawatan muka yang mana marketnya lebih mahal berbanding sabun. 
Keistimewaan Bahan Asas Sabun Berglyserin dalam proses 'Melt-n-Mold Soap Crafting' 
Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan dan
 mengetahui teknik membuat sabun, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan 
dan menguntungkan kerana anda berpeluang menghasilkan sendiri sabun di 
rumah. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa 'Lye' yang digunakan 
dalam proses membuat sabun adalah bersifat menghakis. Ia perlu 
dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur 
tangan. 
Tetapi kalau anda tidak tau cara-cara membuat sabun ‘from scratch” tidak
 mengapa..anda boleh juga menghasilkan sabun sendiri yang kaya dengan 
glyserin dirumah. Caranya amat mudah dengan menggunakan bahan asas sabun
 berglyserin. Di mana sabun tersebut dihasilkan dengan menggunakan 
teknik “Melt-N-Mold” . Bahan-bahan boleh didapati di sini

 
Apakah cara “Melt-N-Mold”
Bahan asas sabun tersebut hanya perlu 
dicairkan “melt” dengan menggunakan microwave ataupun double boiler 
(sepertik teknik mencairkan coklat), tambahkan pewarna dan pewangi, 
tuangkannya ke dalam acuan “mold”, dan tunggu untuk sabun itu mengeras 
dalam beberapa jam (kalau nak cepat masuk kan ler dalam peti ais), 
keluarkan dari acuan..dan sabun anda sedia untuk digunakan ataupun 
dijadikan hadiah.
Dengan creativity, anda boleh menghasilkan berbagai bentuk dan jenis sabun hanya menggunakan bahan asas Melt-N-Mold ini sahaja..
      
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan